Wednesday, 18 November 2015

Pemandu/Penunggang Lelaki Atau Wanita Yang Lebih Menjengkelkan ? (2)

Suka bawak lambat, terlalu perlahan, sibuk main telefon bimbit, sibuk bercinta sibuk apa lagilah pun tak tau, dah 16 jam mengadap telefon bimbit masih tak puas-puas lagi, elok rebus makan #bak kata orang-orang tua zaman dulu-dulu. Kalau kena marah mesti kena bebel macam tu #terkebil kebil ! Lepas tu bila orang cucuk dekat lagilah dia perlahan, konon orang tu pula dikatanya sibuk nak main cucuk-cucuk ? #fakta perangai pemandu Malaysia kan?. 

Kalau lagi perlahan dan beri tanda-tanda nak bagi laluan potong boleh terimalah juga, tapi adakalanya dia pedajalnya kita, bila kita nak potong, dan-dan pula  dia tekan minyak, Asataghfirullahala'zim, ni bukan teruk tapi sangat jahat perangai, ingat ya, balasan atas jalan adakalanya cepat je kena semula pada kita, tak sampai 50 meter pun dah kena balik, ingat tu! #istighfar banyak-banyak.

Kalau dah tau lalu tol, sediakanlah duit secukupnya, ini waktu nak bayar barulah terhegeh-hegeh nak keluarkan duit, mujurlah bayar tol terkini digalakkan dan juga akan dikuatkuasakan sepenuhnya menggunakan kad tambah nilai, kalau tak lagi lamalah nak tunggu #laluan kad tambah nilai pun sama je sesaknya sekarang ni, pening di buatnya.

Malas nak tukar lampu rendah apabila berselisih dengan sebiji kereta, tak kisahlah sebiji dua sahaja ke, tukarlah, fikirlah orang lain ada yang silau malam teruk tau.




Jika ikut belakang, tak direndahkan lampu tinggi, kita yang silau ni terpaksalah tunduk daripada cermin pandang belakang, saya tau ada yang laraskan lampu tinggi sebelah, tapi janganlah tinggi sangat ya, terima kasih #senyum

Penunggan motosikal suka main hon, tujuannnya bagus tidak mahu berlakunya perkara yang tidak diingini, tapi kalau dah kat celah-celah kereta kau boleh pecut sampai 180km apa kehalnya ? Pemandu kereta dahlah menghadap sesak nun dari Selayang sana, sampailah ke nun Sungai Besi lagi nak hadap, kami pemandu kereta pun penat juga bang, bayar tol lagi, kami pun bayar cukai jalan juga,hehehe. Tapi yang paling bahaya adalah waktu malam dan diselangi dengan hujan, kadang-kadang kalau nak masuk ke lorong lain kena buka tingkap lap sikit cermin sisi, sebab memang tak nampak penunggang motor ni, fikirlah ya, ada orang rabun malam. #jangan nak kata bukan-bukan ya, kena tarik nikmat nanti baru tau #senyum

Suka potong barisan, sama ada di jalan sesak ataupun di lampu isyarat, bila ada pemandu lain tidak mahu bagi laluan, baru kau tahu kan, ko yang potong barisan, teruknyalahai perangai.

Bagi penunggang motor besar, bukalah lampu dua-dua, adakala tak nampak, tau-tau je dah sampai, padahal dah bagi lampu isyarat awal dah, itupun kena jeling juga; lagi pula jika situasi tu waktu maghrib, waktu perubahan cuaca nak ke maghrib ni adakalanya dalam situasi keliru, almaklumlah maghrib ni kan waktu puncak bagi si pak setan-setan ni, kita pun tak minta nak mengadap 'jammed' sampai ke mahgrib, almaklumlah kita hanya mampu merancang.

Jika orang lain dah bagi laluan, ataupun dah bagi masuk simpang, angkatlah tangan, kalau sempat bagi lampu tanda terima kasih, bukan susah pun kan, bila kita mengalah dan berterima kasih, percayalah insha'Allah urusan kita di atas jalan raya juga pasti mudah.

Saya juga penunggang motor, jenis RXZ tahun 1985, saya kalau masuk simpang terutamanya di bulatan pun hulur tangan diselangi dengan lampu isyarat sudah pasti, kenapa nak malu ? janji selamat!

Lori pula bila waktu dia tiada muatan, bukan main laju cucuk angin dekat je, seriau betul di buatnya, taulah kejar muatan seterusnya, tapi fikirlah orang lain pun cari makan juga. #senyum

Selain daripada di atas jalan raya, sedikit ingin saya tambahkan di sini, sikap pemandu dan penunggang yang suka meletakkan kenderaan sesuka hati, ada yang sampai betul ngam-ngam atas garisan dan paling teruk dia ambil sekali dua tmpat letak kenderaan ? dah kenapaaa ?, ada yang suka menghalang, ada juga dah terang-terang itu tempat letak kereta sahaja, tapi penunggan ni ikut dan je, pemandu kereta pun buat perkara yang sama,hehe.

Jikalau di jalan mempunyai dua lorong sehala, ataupun di atas lebuhraya, janganlah dok bawa perlahan di lorong laju, dan juga sentiasa peka terhadap kereta yang berada di belakang. Bagi kereta yang sudah sedia ada di lorong laju biasanya tidak suka tekan brek, terpaksa main lampu, adakalanya dah main lampu dia buat tak tau je ?;memang menjengkelkan! sombong teruk! ; 

dan juga bagi yang sudah kelajuan maksima di lorong laju, janganlah cepat sangat nak bagi amaran melampau, bagi masa kepada kereta di hadapan supaya dia tidak tergesa-gesa untuk menukar lorong, pernah terjadi di hadapan mata saya, pacuan empat roda kan laju, tau-tau je dah sampai, terkejut orang depan tu naik kenderaan 660 cc je, dalam keadaan tergesa-gesa nak tukar lorong, 'blind spot' tak beberapa jelas agaknya, hampir terlanggar kenderaan sebelah dia, isk-isk tak patut betul, janganlah sombong sangat ya, ingat tu.

Baiklah, kesimpulannya siapa yang lebih menjengkelkan ? lelaki ? buzz! perempuan ? buzz! Tak perlulah tunding situ sini, tapi empat lagi jari balik semula kepada diri sendiri hehehe. Dan juga kalau yang buat silap tu orang yang dah tua bawa kenderaan, bagilah muka sama mereka, kesian dah tua pun masih bawa kereta sendiri lagi, jadilah insan yang prihatin ya, peringat untuk diri saya juga. #senyum lagi satu kali!

Apa-apapun janganlah sesekali kita semua lupa baca doa naik kenderaan, 'power' tu! Jangan marah ya, terimalah dengan hati yang luas terbentang, tiada siapa yang sempurna zaman sekarang ni kan. Semua orang ada 'panasnya' tersendiri kan, sabar ya tuan puan!




p/s- bukan tujuan hamba nak merojakkan bahasa, cuma jika menggunakan ayat pasar mesej tu sampai, biasalah bukan senang nak sampaikan melalui penulisan, lagi pula macam saya, hanya sekadar ingin bagi 'tune', nanti dah biasa baca penulisan saya nanti barulah saya cuba bakukan sepenuhnya, terma kasih #senyum

jom pi lawat blog www.redmfla.blogspot.my ada pelbagai topik menarik!

Pemandu/Penunggang Lelaki Atau Wanita Yang Lebih Menjengkelkan ? (1)

Elok rupa, elok penampilan, elok juga sifatnya, tapi bila berada di atas jalan raya, semua yang elok-elok tu hilang #fakta pemandu di Malaysia. Hakikatnya apabila berada di atas jalan raya, itulah tempat yang paling sesuai nak tunjukkan diri 'kita' yang sebenar, termasuklah penulis #faktasendiri.

Berikut adalah 18! senarai sikap-sikap yang menjengkelkan pemandu-pemandu di Malaysia-

Masuk simpang tidak memberi lampu isyarat kiri ataupun kanan, sangat bahaya terutamanya bagi penunggang motosikal, tak heranlah banya kereta di Malaysia ni kemik di bahagian tepi baik kiri ataupun kanan. Pergi Jabatan Pengangkutan Jalan buanglah lampu tu ya #senyum

Suka behenti secara tiba-tiba dan bagi lampu isyarat nak masuk simpang pada saat-saat terakhir, 'cmmon brador and sistah' , biarlah terlajak buat pusingan u daripada jadi hal langgar belakang kan; kan ke dah menyusahkan orang lain. Dah tau simpang tu dah nak dekat, tak tahu simpang mana, pakat perlahankan kenderaan anda, bukannya laju semacam tahu jalan yang hendak dituju.

Suka main telefon bimbit bila tiba di lampu isyarat, lepas tu jalan lambat, lagi pula lampu isyarat tu alahai berapa saat sahaja dah merah! .Agak-agaklah perangai abang-abang,akak-akak,pakcik-pakcik,makcik, fikirlah orang belakang ye, nak taknak kena 'main cucuk dekat', sebab nanti kena tunggu lagi lampu isyarat, dahlah nak kejar masa pula tu! Allahuakbar sabar jelah ye!.



Keluar simpang secara melulu, dia main 'swing' je, sakit jiwa dibuatnya, ini paling ramai juga yang suka buat, punyalah malas nak berhenti tunggu giliran, bukannya waktu sesak, kalau waktu sesak memanglah kena keluar sedikit demi sedikit, kiranya hulur kepala kereta, kalau tak berejamlah kalau tak buat macam tu.

Waktu kita lampu hijau, dia main masuk je jalan kita, walhal kalau lampu hijau kan ramai yang tengah tekan minyak, fikirlah sikit kan, apalah perangai, tak faham betul!

Kalau jalan sesak, tidak mahu bagi laluan pada pemandu yang lain, dasar pentingkan diri sungguh ini orang, ambil lesen kan? Jadi mengalahlah selang satu kereta, jangan bagi sampai sepuluh biji kereta konon baik hati sangat, marah orang belakang nanti hehehe...

Suka keluar simpang secara berhimpit-himpit sewaktu jalan sesak, ini selalu kita jumpa bila pulang dari kerja, biasanya dalam bandar, abang-abang , akak-akak, sabarlah ya, orang lain pun penat juga, keluarlah secara beselang satu kereta, bukannya sekali berhimpit-himpit, lagilah bertambah sesak.

Apabila di buat salah, secara tak langsung memang kena bagi honlah kan, tapi buat muka tak bersalah , tak angkat tangan malah ada juga dejegilnya kita semula ? Paling teruk perangai budak-budak baru nak up naik kereta ramai-ramai, dia punya berlagak maca dunia ini ana yang punya!. Sentiasalah beringat ya, tak kena harini, akan datang, suatu hari nanti ko dah kahwin, waktu tu ko dah tua terkena pada kau pula baru kau nak 'eh' ke ? lambattt!!!, tak pun tempias pada keluarga kita, ingat tu! #senyum!


Tuesday, 17 November 2015

Intro Blog Sempadan Abjad

Salam semua, tujuan blog Sempadan Abjad dibuat adalah hanyalah untuk bercerita dan luahan karenah makhluk-makhluk di muka bumi Malaysia oh tanah airku ini, dimana ianya berkaitan dengan isu semasa, situasi dan apa jua luahan yang hendak dituliskan.


Jika anda berminat untuk menulis disini boleh email saya di sabjadinvite@gmail.com . Luahan mestilah tidak dikaitkan dengan politik pihak tertentu, saya boring nanti kena tindakan dan sebagainya, banyak lagi kerja nak buat, nanti kena tindakan bagai dah buang masa nak melayan itu ini lagi, jadi adalah lebih baik jangan dikaitkan langsung dengan pihak itu dan pihak ini, terima kasih hehehe...